KANOWIT – Tiga saudara melibatkan dua beradik dan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi di sebatang sungai di Nanga Ulin, Sungai Poi petang semalam. Dalam kejadian pukul 3 petang itu, Presley Tataw, 27, bersama saudaranya, Rederict Benediet Rody, 12, sedang bermandi-manda di sungai hadapan rumah panjang sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus deras. Seorang lagi mangsa, Henry Tataw, 28, yang ternampak kejadian itu cuba menyelamatkan mereka namun turut dihanyutkan…










