KUANTAN 24 Jun – Tiga maut manakala tujuh termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Karak Temerloh dekat Kampung Batu 7, Temerloh dekat sini hari ini. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, nahas pada ukul 9.14 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Exora dinaiki lapan orang, sebuah pacuan empat roda jenis Hilux dan sebuah treler. “Mangsa yang maut ialah dua lelaki dalam kereta Proton Exora dan pemandu Hilux yang disahkan oleh pihak hospital,” katanya di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya