Tidak salah bongkar - Kit Siang - Utusan Malaysia

Tidak salah bongkar – Kit Siang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertahankan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng apabila beranggapan tidak salah untuk membongkar mana-mana skandal salah laku mahupun penyelewengan terdahulu.

Menurutnya, beliau percaya langkah itu amat perlu dalam usaha membina ‘Malaysia baharu’.

“Secara prinsip, saya rasa kita harus mendedahkan segala perbuatan salah laku, penyelewengan yang dilakukan sebelum ini bagi membina Malaysia baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang lebih penting adalah kita perlu komited dan tidak sesekali bertoleransi dalam apa jua bentuk rasuah di negara ini.

“Malah, sepanjang karier politik saya selama 52 tahun, saya turut membongkar segala salah laku. Jadi, saya rasa tidak salah untuk berbuat demikian,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran Pejabat Ahli Parlimen P117 Segambut, Hannah Yeoh di sini hari ini.

Semalam, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya Guan Eng lebih sensitif dan berhati-hati ketika memberi kenyataan kerana dibimbangkan boleh menjejaskan keyakinan pelabur asing ke negara ini.

Jelas Anwar, sebagai Menteri Kewangan, Guan Eng seharusnya mengimbangi iaitu kepentingan untuk meyakinkan pelabur dan kepentingan untuk membongkar penipuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini