Tidak putus persahabatan walau tanding jawatan - Utusan Malaysia

Tidak putus persahabatan walau tanding jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 27 Jun – Persahabatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud dan ADUN Bebar, Datuk Mohd. Fakhruddin Mohd. Ariff tidak akan terputus biarpun mereka bertemu satu lawan satu bagi merebut jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Khairuddin berkata, beliau tampil menawarkan diri atas desakan akar umbi yang mahu setiap jawatan dipertandingkan selain mahu memberikan khidmat bakti kepada parti.

“Melalui pendaftaran secara dalam talian saya sendiri tidak tahu sahabat saya, Mohd. Fakhruddin turut bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian.

“Terpulang kepada perwakilan untuk membuat keputusan. Kalah atau menang tidak akan memutuskan persahabatan kami yang terjalin sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Pulau Manis yang turut dihadiri Mohd. Fakhruddin, baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd. Fakhru­ddin pula mahu pemilihan UMNO kali ini berlangsung secara sihat kerana apa yang penting parti itu dapat dipulihkan dalam suasana setiap ahli bersatu.

Beliau juga senada dengan Khairuddin bahawa pertembungan kedua-dua mereka atas dasar memberikan khidmat bakti kepada parti dan tidak menjejaskan persahabatan mereka.

“Kita bukan hendak menjatuhkan pihak lawan, kita hendak berkempen secara positif. Apa diharapkan pemilihan kali ini berjalan dalam suasana yang sihat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini