KUALA LUMPUR 16 Jun – Dasar Komuniti Negara yang akan dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pada Ogos ini mungkin mencadangkan tempat kediaman yang lebih besar kepada golongan miskin, kata menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata cadangan yang bakal dibuat adalah menambah keluasan saiz rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada 900 kaki persegi daripada 600 kaki persegi sebelum ini. “Saya tidak mahu rumah PPR dan rumah untuk B40 ini…










