KUALA LUMPUR 5 Jun – Firma guaman milik Tommy Thomas hari ini mengalu-alukan pelantikan peguam kanan itu sebagai Peguam Negara dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam menjalankan tugas baharu itu nanti. Peguam Sitpah Selvaratnam, Alan A. Gomez dan Ganesan Nethi daripada firma Tommy Thomas dalam kenyataan hari ini berkata, Thomas telah melakar kerjaya cemerlang dalam bidang guaman dan sentiasa berpegang teguh pada kesamarataan, keadilan, kebenaran dan perkara hakiki.…










