KUALA LUMPUR – Rancangan terkenal kanak-kanak, Club Mickey Mouse versi Malaysia yang pertama di Asia Tenggara, The Mouseketeers bakal kembali bagi musim kedua dengan pengisian yang lebih interaktif.
The Mouseketeers musim kedua padat dengan unsur hiburan, komedi dan permainan serta turut menampilkan beberapa penampilan khas daripada artis terkenal tanah air seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli dan diana Danielle.
Club Mickey Mouse versi Malaysia musim kedua masih diketuai oleh Ketua Mouseketeers, Charis dan enam Mouseketeers lain seperti Faiz, Natasya, Dheena, Erissa, Wafiy dan Gabriel.
Keluarga Mousekeeter turut menerima ahli baharu, Ellya pada musim ini untuk terus menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga.
Selain itu, sebuah lagu istimewa dicipta khas oleh komposer terkenal tanah air, Audi Mok bertajuk ‘Start Me Up’ bagi lagi menyemarakkan tayangan episod pertama rancangan hiburan keluarga itu.Siri rancangan kanak-kanak yang mempunyai 13 eoisod itu akan menampilkan kandungan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Siri tersebut akan mula disiarkan pada 6 Julai depan (Jumaat) pada pukul 2.30 petang di saluran Disney Channel 615 dan Astro On Demand.
Orang ramai boleh melayari laman YouTube rasmi Disney Channel Asia untuk mendapatkan pelbagai informasi dan video terkini mengenai the Mouseketeers.
Terdahulu, beberapa selebriti terkenal dunia yang pernah membintangi rancangan Club Mickey Mouse adalah seperti Britney Spears, Christina Aguilera, Justin Timberlake dan Ryan Gosling. – K! ONLINE











