IPOH – Perak mengekalkan kedudukan di tangga kedua saingan Liga Super selepas menang tipis ke atas Kelantan 1-0 yang merupakan pasukan tercorot liga di Stadium Perak di sini sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan berhempas-pulas mencari gol pendahuluan namun, kedudukan 0-0 kekal sehingga ke hujung babak pertama perlawanan.
Peluang Perak untuk menjaringkan gol perlawanan hadir pada minit ke-68 selepas skuad The Bos Gaurus dihadiahkan sepakan penalti apabila Gilmar Jose Da Silva dibentes oleh pertahanan lawan.
Sepakan penalti disempurnakan oleh Leandro Dos Santos pada minit ke-70.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat perlawanan.
Kemenangan tersebut menyaksikan Perak berjaya mengumpul 31 mata daripada 17 perlawanan manakala skuad Kelantan hanya memperoleh 11 mata dan terus menghuni tangga tercorot liga. – K! ONLINE











