SAUDARA PENGARANG, SAYA berasa amat kecewa dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang membuat keputusan mengkaji semula kemungkinan menarik diri daripada mengemukakan rayuan terhadap tuntutan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh yang menjadi perebutan dan dimenangi oleh Singapura sebelum ini. Kita semua maklum, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang ‘ultra nasionalis’ dan sebagai insan sedemikian, saya yakin tidak mungkin semudah itu beliau boleh melepaskan peluang mendapatkan semula wilayah Malaysia itu daripada…










