Teruskan perjuangan walaupun sedang diuji - Najib - Utusan Malaysia

Teruskan perjuangan walaupun sedang diuji – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut semua anggota parti itu meneruskan perjuangan walaupun sedang berhadapan dengan ujian berat ketika ini. 

Najib berkata, semua anggota UMNO tidak boleh membiarkan parti yang diasaskan sejak 72 tahun lepas berakhir atau tidak lagi mendapat tempat mahupun dianggap sudah tidak relevan. 

Beliau berkata, sudah tentu dalam perjuangan tidak semuanya akan melalui ‘jalan manis’, sebaliknya sesekali akan berdepan laluan berliku atau jalan buntu dan hanya yang cekal, berlapang dada serta istiqamah akan memperoleh kejayaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lihat apa sedang berlaku ini adalah perjuangan amat menguji kita. Allah letakkan ujian sangat besar (untuk melihat) jika kita mempunyai kesungguhan dan menghidupkan kembali perjuangan asal UMNO. 

“Ketika UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union, kita tidak mempunyai kekuatan termasuk kekuatan ekonomi. Tapi kita ada kekuatan semangat dan perpaduan, dengan itu sahaja, kita menumbangkan Malayan Union,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini