KUALA LUMPUR 16 Jun – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menawarkan diri bagi bertanding jawatan Presiden UMNO.
Menurutnya, selepas meneliti kedudukan UMNO dan memperhalusi akan impilikasi yang dibuat terutama berkaitan soal kepemimpinannya, beliau dengan rendah diri menawarkan diri bertanding jawatan tersebut.
“Saya membuat keputusan ini demi kepentingan UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik nasional yang mendukung hasrat kebangsaan untuk menjunjung perpaduan kaum dan keharmonian ras sebagai gelegar dan teras negara.
“Sebagai sebuah parti politik kaya dengan pengalaman, saya yakin dapat memimpin UMNO untuk meneruskan tradisi tersebut disamping saya bercadang untuk memastikan UMNO dapat memainkan peranan sebagai pembangkang setia dan bertanggungjawab terhadap negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










