KUALA LUMPUR 25 Jun – Perselisihan faham membabitkan perniagaan dipercayai menjadi punca sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang dilepaskan 25 das tembakan oleh dua lelaki di Jalan Bukit Bintang di sini, semalam. Difahamkan, tembakan tersebut dilepaskan sebagai tanda amaran dalam kejadian pukul pada pukul 10.50 malam itu. Kejadian itu turut mengejutkan pengunjung serta orang awam berhampiran lokasi kejadian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Mohd. Rusdi Mohd. Isa…










