KUALA LUMPUR – Berikut teks penuh perutusan Aidilfitri 2018 oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Alhamdulillah, esok, 1 Syawal 1439 Hijrah, umat Islam di Malaysia akan merayakan hari kemenangan. Kemenangan melawan nafsu. Nafsu di sini bukan sahaja terhad kepada menahan lapar dan dahaga tetapi juga melawan nafsu dengan menolak apa jua perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam kehidupan seharian kita, tidak dapat tidak, bertembung akan berlaku antara kehendak nafsu…










