BAHANG Piala Dunia Rusia 2018 kian dirasai apabila sepak mula aksi pertama kurang 4 hari lagi dan tumpuan peminat seluruh dunia termasuk Malaysia pasti ke arah juara bertahan, Jerman yang membariskan ramai pemain-pemain ternama kelab Eropah. Jerman yang dibimbing Joachim Low (gambar kecil) sudah bersedia untuk mempertahankan gelaran juara Piala Dunia yang diraih di Brazil empat tahun lalu menjelang kejohanan sama yang membuka tirai pada 14 Jun ini. “Saya…










