JOHOR BAHRU 28 Jun – Kerajaan negeri bertekad untuk membawa perubahan terbaik bagi pentadbiran negeri ini, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada rakyat negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, untuk mencapai kejayaan itu, pihaknya memerlukan kerjasama dan keazaman tinggi daripada semua pihak terlibat.
“Kami bertekad untuk lakukan perubahan terbaik agar perkara ini dapat dinikmati semua rakyat.
“Ini memerlukan kerjasama dan keazaman yang tinggi agar perancangan ini dapat direalisasikan pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Johor Corporation (JCorp) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim. – UTUSAN ONLINE











