KUALA LUMPUR 10 Jun – Pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC) mengumumkan harga baharu bagi model Renault berikutan pelaksanaan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen berkata, pihaknya turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk rebat tunai terhadap model-model terpilih dengan gabungan penjimatan mencecah RM40,000. Menurut beliau, TCEC akan menyerap enam peratus GST bagi kenderaan…










