PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti-parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB. Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, turut dibekukan ialah akaun milik persatuan dan syarikat yang juga terlibat dalam siasatan kes tersebut. “Pasukan Petugas Khas 1MDB memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara adil dan profesional serta mengikut undang-undang yang ditetapkan,”…










