Tart nanas gulung ungguli carta biskut raya - Utusan Malaysia

Tart nanas gulung ungguli carta biskut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Menjelang Aidilfitri pelbagai jenis biskut raya pastinya menjadi pilihan sama ada tradisional mahupun moden setiap satunya tetap memiliki keistimewaan antaranya tart nanas yang boleh dikatakan tak lengkap meja hidangan jika tidak diserikan dengan sajian biskut ini pada hari lebaran. 

Peredaran zaman menyaksikan tart nanas mengalami pelbagai transformasi dari segi rupa bentuk dan rasa, namun bagi penggemar biskut berkenaan, tart nanas gulung tetap mengungguli pilihan pelanggan. 

Menurut Pengurus Huzaifah Cookies Cawangan Bayam, Juwairiah Mohd Isa, 21, walaupun kini terdapat lambakan pelbagai jenis biskut raya moden di pasaran, namun permintaan terhadap tart nanas gulung mengatasi permintaan biskut lain.

“Bagi  memenuhi permintaan pelanggan, tart nanas  gulung sahaja sudah mencecah lebih 200,000 biji dibuat untuk jualan sepanjang bulan ini.

“Walaupun terdapat lebih 40 jenis biskut yang ditawarkan di kedai kami, termasuk tart nanas cheese , tart nanas  samperit, tetapi biskut lain masih tidak mampu mengalahkan permintaan terhadap tart nanas gulung,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau menggunakan khidmat 20 pekerja bagi menyiapkan biskut berkenaan termasuk yang ditempah pemborong termasuk dari Sabah, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN