KUALA LUMPUR 25 Jun – Permintaan oleh wakil rakyat dan pemimpin UMNO untuk menyertai PPBM akan dipertimbangkan menerusi tapisan ketat terlebih dahulu. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, ahli biasa UMNO pula, jika senang menyokong perjuangan Pakatan Harapan boleh menyertai PPBM. “Terdapat banyak permintaan daripada ahli UMNO untuk sertai PPBM. Ahli biasa kalau sokong Pakatan Harapan, boleh sertai PPBM. “Pemimpin atau wakil rakyat UMNO pula, akan dibuat pertimbangan sama…










