Tangani dahulu lambakan pekerja asing haram - Utusan Malaysia

Tangani dahulu lambakan pekerja asing haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jun – Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memahami hasrat kerajaan untuk mengurangkan tenaga kerja asing namun ia tidak boleh dilaksanakan dengan tergesa-gesa kerana keterbatasan sumber pekerja tempatan khususnya dalam industri restoran.

Presiden Primas, T. Muthusamy berkata, berdasarkan manifesto Pakatan Harapan sebelum ini yang mahu mengurangkan lambakan pekerja asing di negara ini daripada 6 juta kepada 2.5 juta orang, angka berkenaan sebenarnya didominasi oleh golongan berstatus pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata, jika masalah PATI itu boleh ditangani terlebih dahulu, hasrat kerajaan untuk mengutamakan pekerja tempatan akan tercapai tanpa memberi kesan kepada pengusaha yang mempunyai pekerja asing yang sah.

“Daripada hasrat kerajaan untuk mengurangkan kepada 2.5 juta pekerja asing itu, kami hanya memerlukan satu peratus sahaja iaitu bersama 25,000 pekerja asing untuk menyokong industri ini.

“Primas dan Presma komited untuk mengutamakan tenaga tempatan namun kami tidak mempunyai akses dan keterbatasan itu membuatkan industri restoran memerlukan pekerja asing terutama tukang masak,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Primas, Kompleks Damai di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Presiden Presma, Ayoob Khan Muhamad Yakub. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN