KUALA LUMPUR 24 Jun – Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memahami hasrat kerajaan untuk mengurangkan tenaga kerja asing namun ia tidak boleh dilaksanakan dengan tergesa-gesa kerana keterbatasan sumber pekerja tempatan khususnya dalam industri restoran. Presiden Primas, T. Muthusamy berkata, berdasarkan manifesto Pakatan Harapan sebelum ini yang mahu mengurangkan lambakan pekerja asing di negara ini daripada 6 juta kepada 2.5 juta orang, angka…











