Tangan buruh warga Bangladesh hampir putus tersepit di mesin bancuh tanah - Utusan Malaysia

Tangan buruh warga Bangladesh hampir putus tersepit di mesin bancuh tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang buruh warga Bangladesh terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila tangan kirinya tersepit pada mesin pembancuh tanah di sebuah kilang pasu di Jalan Kuala Kangsar di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia sekitar 30-an mengalami kecederaan parah di bahagian siku tangan kirinya selepas tersepit di talu sawat mesin pembancuh tanah untuk membuat pasu itu. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd. Rosli Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.07 tengah hari sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Tiba di lokasi kejadian, tangan mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dari mesin berkenaan. 

“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan yang hadir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambahnya, anggota seterusnya membawa mangsa ke Hospital Raja Perempuan Bainun bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.10 tengah hari,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN