KABUL 17 Jun – Kumpulan Taliban hari ini menegaskan tidak akan melanjutkan tempoh gencatan senjata selama tiga hari dengan tentera Afghanistan sebaliknya akan terus melancarkan serangan. Jurucakap kumpulan itu, Zabihullah Mujahid mengeluarkan kenyataan itu selepas semalam Presiden Afghanistan, Ashraf Gani mengumumkan gencatan itu akan dilanjutkan dan meminta kumpulan itu memberi maklum balas. “Gencatan senjata berakhir malam ini dan operasi kami akan dimulakan. Kami tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata,’’ kata Zabihullah kepada AFP. Beliau bagaimanapun tidak mengulas kenyataan Ashraf. – AFP habis.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya