HAMPIR sepuluh bulan melayari bahtera rumah tangga, pelakon Izreen Azminda mengakui melalui ujian terbesar dalam hidupnya. Dihentam tanpa henti di media sosial dan dilabel dengan pelbagai perkataan kurang manis termasuk perampas merupakan ‘hukuman’ yang diterimanya kerana bergelar isteri kedua kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude. Hukuman tersebut bertambah berat selepas Ude, 30, menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh. Bicara netizen pada waktu tersebut seolah-olah mereka duduk sebumbung…










