DILAHIRKAN di dalam keluarga kecil sebagai anak tunggal membuatkan Sya (bukan nama sebenar) 26, perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri selepas diterima menjadi sebahagian daripada keluarga suaminya. Berbeza dengan keluarga belah suami yang memiliki 13 orang adik-beradik, sebagai anak ke empat, Azam (bukan nama sebenar), 27, masih mempunyai lapan orang adik di bawahnya, malah enam daripada mereka masih lagi belajar di bangku sekolah. Bagi Sya, kehidupannya sebagai anak tunggal di…










