KEMAMAN 21Jun – Kerajaan Pas akan meneruskan Tabung Darul Iman yang telah diwujudkan oleh kerajaan terdahulu dalam menjaga kebajikan rakyat terutama kalangan pesakit kronik dan mangsa bencana yang benar-benar memerlukan bantuan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, setelah 35 hari mengambil alih pemerintahan dari kerajaan Barisan Nasional, hampir RM1 juta sudah dibelanjakan bagi tujuan itu. Katanya, beberapa penambahbaikan dilakukan untuk mempermudah dan…










