BERMULA minggu depan, yang tinggal jauh khususnya di Lembah Klang mula beransur-ansur pulang ke kampung masing-masing untuk beraya. Dalam kesibukan lebih daripada 1.5 juta kenderaan menghala keluar menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), terdapat sekumpulan manusia yang sedang mencongak keuntungan mudah. Kumpulan yang perasan kebal daripada panas api neraka ini tekun menyiapkan segala kelengkapan dan perancangan untuk ‘beraya’ sakan di kawasan-kawasan yang sudah dikenalpasti potensinya. Rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni…










