Synergy Promenade saman Shahrir Samad RM100 juta - Utusan Malaysia

Synergy Promenade saman Shahrir Samad RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jun – Synergy Promenade Sdn. Bhd. hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Tan Sri Shahrir Abdul Samad berhubung beberapa siri kenyataan yang dibuat mengenai syarikat pemaju hartanah dan kontraktor binaan itu yang didakwa tidak benar.

Saman tersebut difailkan oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan syarikat itu, Datuk Marina Hashim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui peguam Mohamed Reza Rahim.

Selain menuntut ganti rugi, Mohamed Reza memberitahu pemberita, Synergy Promenade selaku pihak plaintif menuntut perintah agar Shahrir yang dinamakan sebagai pihak defendan memberi aku janji bertulis untuk tidak mengulangi kenyataan beliau dan membuat permohonan maaf kepada pihak plaintif.

Menurut peguam itu, saman tersebut difailkan pihaknya terhadap Shahrir atas kapasiti peribadi beliau yang ketika itu Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Mohamed Reza berkata, kenyataan yang dibuat oleh Shahrir merupakan suatu pernyataan yang salah sehingga menyebabkan reputasi pihak plaintif tercalar sehingga mengakibatkan anak guamnya kehilangan projek-projek sedang dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN