NIZHNY NOVGOROD 28 Jun – Gol sendiri Switzerland di saat akhir menyebabkan Rossocrociati terlepas peluang meraih kemenangan dalam aksi terakhir Kumpulan E yang menyaksikan pasukan itu terikat 2-2 ke atas Costa Rica di Stadium Nizhny Novgorod, sebentar tadi.
Biarpun seri namun Switzerland tetap berjaya menempah slot ke pusingan kedua selepas menamatkan aksi peringkat kumpulan selaku naib juara.
Selaku naib juara, Switzerland bakal bertemu juara Kumpulan F, Sweden dalam aksi kalah mati pada Selasa ini.
Dalam perlawanan tersebut, Rossocrociati terlebih dahulu mendapatkan jaringan menerusi Blerim Dzemaili pada minit ke-31 sebelum Costa Rica menyamakan kedudukan melalui Kendall Waston pada minit ke-56.
Switzerland berjaya menjarakkan kedudukan jaringan apabila meraih gol kedua menerusi Josip Drmic pada minit ke-88.
Ketika Switzerland hampir meraikan kemenangan, Costa Rica dihadiahkan sepakan penalti sewaktu masa kecederaan.
Kesilapan penjaga gol Rossocrociati, Yann Sommer menahan bola daripada sepakan penalti itu dengan baik menyebabkan jaringan sendiri yang memihak pasukan lawan mereka sekali gus menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2. – AGENSI











