Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kegigihan untuk terus maju. Mungkin ada dalam kalangan pengusaha yang kecundang di tengah jalan akibat berhadapan dugaan, ada juga yang bangun dan bangkit untuk melihat diri berjaya, serta tidak kurang juga hanya memasang angan-angan untuk berjaya, namun segalanya bergantung kepada diri sendiri. Bak kata orang, tepuk dada tanya selera. Berjaya dalam sesuatu bidang dan mencapai sasaran adalah berita paling berharga bagi seseorang…










