SAUDARA PENGARANG, SELEPAS Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak meneruskan tuntutan Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) yang menjadi pertikaian antara Malaysia-Singapura, anak Johor menanti pendirian Menteri Besar, Datuk Osman Sapian pula dalam isu ini. Perlu diakui kemilikan Pulau Batu Puteh bukan sekadar isu sejarah atau isu maruah, isu akarnya ialah geopolitik yang berkait rapat dengan keselamatan Malaysia. Dan paling utama, ia terletak dalam wilayah negeri Johor. Akhirnya, Menteri Besar Johor memberikan…










