KUANTAN 4 Jun – Seramai 1,172 nelayan di sekitar daerah ini resah apabila masalah laut cetek di muara Sungai Kuantan yang membelenggu mereka kira-kira 13 tahun lalu belum dapat diselesaikan. Situasi itu menyulitkan nelayan terutama yang menggunakan bot zon C, C2 dan A untuk melepasi muara berkenaan kerana boleh menyebabkan bot mereka tersangkut di beting pasir. Pengerusi Persatuan Nelayan Kuantan, Khalid Husin berkata, masalah itu sudah lama berlarutan dan beberapa…










