IPOH 24 Jun – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan berangkat menghadiri majlis perkahwinan anak Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan di Brewster Village di sini hari ini. Ketibaan baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim pada pukul 12 tengah hari disambut Hasnan dan isteri, Datin Zuriani Mohd. Kamal. Keberangkatan baginda diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain…










