Sultan Nazrin terima serahan zakat perniagaan RM14.06 juta - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin terima serahan zakat perniagaan RM14.06 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 2 Jun – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada 12 agensi yang bernilai RM14.06 juta, di sini hari ini.

Lembaga Tabung Haji Perak menjadi agensi paling tinggi membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2017 iaitu sebanyak RM3.96 juta.

Ini diikuti PLUS Malaysia Berhad RM3.67 juta, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) RM3 juta, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) RM1.28 juta dan Maybank Islamic Berhad sebanyak RM648,181.

Lain-lain agensi yang membuat pembayaran zakat perniagaan ialah Bank Islam RM373,2349, Idaman Pharma Manufacturing RM300,000, RHB Islamic Bank RM250,000 dan Bank Muamalat RM223, 486.

Tiga lagi agensi ialah Etiqa Family Takaful RM132,000, Aiman Asset Management RM113,000 dan Affin Islamic Bank RM100,000.

Cek zakat perniagaan diserahkan kepada Sultan Nazrin dalam majlis berbuka puasa bersama media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

Baginda kemudian menyerahkan semua cek zakat perniagaan itu kepada Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menganugerahkan watikah pelantikan ahli majlis MAIPk kepada EXCO kerajaan negeri, Asmuni Awi dan Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Toh Lela Paduka Dr Khalid Ismail.

Turut berkenan hadir, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Dr. Nomee Ashikin Mohamed Radzi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN