Sultan Johor tidak anjur Rumah Terbuka Aidilfitri - Utusan Malaysia

Sultan Johor tidak anjur Rumah Terbuka Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Jun – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berdukacita tidak dapat mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, majlis rumah terbuka itu tidak dapat dianjurkan kerana baginda dan keluarga diraja masih berkabung bagi menghormati pemergian bonda Sultan Ibrahim, Enche’ Besar Hajah Khalsom pada 1 Jun lalu.

“Adalah menjadi tradisi bersambungan bagi tuanku dan keluarga diraja beramah mesra bercampur-gaul dengan rakyat dalam majlis perjumpaan rumah terbuka Hari Raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walau bagaimanapun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, perjumpaan tersebut tidak dapat diadakan pada tahun ini. Insya-Allah majlis seperti itu akan diadakan pada tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebentar tadi.

Justeru, Sultan Johor berharap rakyat memahami tentang perkara itu.

“Tuanku dan keluarga diraja berdoa ke hadrat Allah SWT barang apalah dikurniakan kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan rakyat sekalian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini