KUALA LUMPUR 31 Mei – Sukan angkat berat negara mungkin terpaksa ‘tutup kedai’ sekiranya kes kegagalan ujian doping masih berulang dalam kalangan atlet negara walaupun setelah mereka digantung daripada menyertai kejohanan antarabangsa selama setahun oleh Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mulai semalam. Naib Presiden PABM, Amirul Hamizan Ibrahim berkata, amaran untuk menghentikan program angkat berat negara pernah disuarakan Majlis Sukan Negara (MSN) tidak lama dahulu ekoran kerapnya kes berkenaan menimpa…










