ISKANDAR PUTERI 28 Jun – Naib Pengerusi Amanah negeri, Suhaizan Kaiat dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baharu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Suhaizan. 45, dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Aminolhuda Hassan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-4 (PRU-14), beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Md. Othman Yusof dengan majoriti 862 undi.
Suhaizan memperoleh 10,251 undi, Md. Othman mendapat 11,113 undi manakala calon Pas, Karim Deraman memperoleh 1,040 undi. – UTUSAN ONLINE.











