ROSTOV-ON-DON 21 Jun – Luis Suarez tidak mengulangi ‘taktik kotor’ untuk melayakkan Uruguay ke peringkat kalah mati apabila menjaringkan gol tunggal bagi mengatasi Arab Saudi 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan A Piala Dunia, sebentar tadi. Penyerang Barcelona itu meledak gol pada penampilan antarabangsanya yang ke-100 selepas membuat sentuhan daripada sepakan sudut Carlos Sanchez pada minit ke-23. Kejayaan tersebut membolehkan Uruguay mengiringi Rusia ke peringkat kalah mati lebih awal setelah masing-masing…










