TELUK INTAN – Sepasang suami isteri warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar kenderaan lain di Kilometer 47 Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.40 pagi itu, suami warganegara Indonesia dan isterinya penduduk tempatan masing-masing berusia 55 dan 56 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata,…










