Suami isteri maut motosikal dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Suami isteri maut motosikal dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN 29 Jun – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 47, Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi itu, mangsa lelaki berusia 55 yang merupakan warga Indonesia dan isterinya rakyat tempatan berusia 56 tahun, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Alza dari arah Sitiawan ke Teluk Intan melanggar motosikal yang dinaiki mangsa.

“Kereta Perodua Alza tersebut terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal yang dinaiki mangsa sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam parit.

“Akibat pelanggaran tersebut, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Perodua Alza cedera ringan,” katanya.

Menurut Mohd. Marzukhi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan di sini untuk bedah siasat manakala pemandu kenderaan turut dirawat di hospital sama. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN