KUALA LUMPUR – Berikut adalah statistik rampasan dari enam premis yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diumumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh hari ini.
- Anggaran nilai keseluruhan rampasan: RM900 juta hingga RM1.1 bilion
- Wang tunai: RM116.7 juta
- 12,000 unit barang kemas termasuk: 1,400 rantai 2,200 cincin, 2,100 gelang, 2,800 subang, 1,600 kerongsang, 14 tiara
- Beg tangan: 567 unit RM 51.3 juta
- Jam tangan: 423 unit RM 78 juta
- Cermin mata: 234 unit RM374,000
- Bilangan petugas yang menilai barangan: 150
- Tempoh masa menilai barangan: 36 hari (mulai 21 Mei hingga 25 Jun)
- Tarikh barangan dirampas: 16 dan 17 Mei
Sumber: Bernama
Memuatkan artikel berkaitan…











