SPRM sahkan akaun UMNO dibeku - Utusan Malaysia

SPRM sahkan akaun UMNO dibeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Jun – Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO.

Pasukan tersebut dalam satu kenyataan berkata, turut dibekukan ialah akaun parti-parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB serta akaun milik persatuan dan syarikat yang juga terlibat dalam siasatan kes tersebut.

“Pasukan Petugas Khas 1MDB memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara adil dan profesional serta mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, semua pihak diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan proses siasatan tersebut serta tidak membuat sebarang spekulasi dan mensensasikan kes berkenaan kerana dikhuatiri akan menjejaskan proses siasatan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dianggotai oleh Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dan Datuk Abdul Hamid Bador.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN