SPRM periksa rumah Jho Low - Utusan Malaysia

SPRM periksa rumah Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) melakukan pemeriksaan di sebuah unit apartmen yang dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low di Jalan Kia Peng di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menghantar sepasukan pegawai ke unit tersebut bagi melakukan pemeriksaan.

“Pihak kita memang pergi ke unit berkenaan, tetapi hanya untuk membuat pemeriksaan dan bukan serbuan.

“Kenapa pula kita (SPRM) hendak buat serbuan sedangkan tiada Jho Low di sini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN