SPRM berkuasa bekukan akaun UMNO - Muhyiddin - Utusan Malaysia

SPRM berkuasa bekukan akaun UMNO – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Jun – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa untuk membekukan akaun Ibu pejabat UMNO Pusat dan Selangor, sekiranya mempunyai asas-asas untuk berbuat demikian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, tindakan yang diambil oleh SPRM itu juga adalah dibawah bidang kuasa agensi berkenaan.

“Saya tidak tahu (belum menerima) laporan berhubung perkara itu… apa-apa pun kalau ia di bawah SPRM, itu adalah tugas SPRM. Saya tidak boleh nak komen.

“Tentu ada asas yang ditemukan oleh pihak SPRM,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, akaun Ibu pejabat UMNO Pusat dan Selangor sudah pun dibekukan hari ini oleh SPRM.

Ahmad Zahid turut mendakwa Muhyiddin dalam waktu terdekat juga hampir pasti akan meminta Pertubuhan Pendaftaran (RoS) membatalkan pendaftaran UMNO.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin menafikan beliau mengarahkan RoS berbuat demikian sebaliknya berkata RoS berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pertubuhan yang didapati tidak mengikuti undang-undang RoS selain gagal mematuhi peraturan mana-mana parti politik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini