SPRM beku dua akaun UMNO - Utusan Malaysia

SPRM beku dua akaun UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – UMNO akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan pihak berkuasa itu membekukan akaun bank parti itu di peringkat Pusat dan negeri Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, selaku individu yang menjalankan tugas Presiden, beliau akan berusaha membuktikan bahawa wang milik parti itu adalah sah dan tidak terbabit sebarang kegiatan haram.

“Saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO. Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi.

“Saya berharap semua ahli akan bersama-sama saya berjuang untuk UMNO. Insya-Allah, UMNO akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Ahmad Zahid ketika ditemui pada majlis sambutan Hari raya Aidilfitri UMNO Johor mengesahkan akaun bank UMNO Pusat dan Se­langor dibekukan oleh SPRM.

Ujar Ahmad Zahid, beliau tidak menolak kemungkinan akaun UMNO negeri-negeri lain turut mengalami nasib sama.

“Saya difahamkan, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muh­yid­din Yassin juga bakal me­minta Pertubuhan Pendaftaran membatalkan pendaftaran UMNO.

“Kita tidak boleh jamin mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib-naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi sekiranya menang pemilihan kali ini tidak akan disiasat (SPRM) kerana kita bukan lagi kerajaan. Ini termasuk juga (bekas) Menteri Besar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN