SEPERTIMANA tahun-tahun sebelum ini, pertandingan mengeja Scripps National Spelling Bee terus menarik ratusan anak muda bersaing dalam peraduan unik Amerika Syarikat itu. Bahkan, ia kini diibaratkan seperti sukan lasak intelektual yang memerlukan para peserta menguasai ejaan salah satu bahasa yang mengelirukan di dunia. Para pesertanya yang semuda lapan tahun berdepan dengan halangan selama tiga hari yang menguji mereka dengan perkataan-perkataan bahasa Inggeris, campuran perkataan bahasa Jerman dan Perancis diikuti perkataan…










