Southgate mula berdepan dilema - Utusan Malaysia

Southgate mula berdepan dilema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEEDS – Pe­ngurus England, Gareth Southgate mengakui beliau mungkin sukar membuat pilihan menjelang aksi pembukaan Piala Dunia 2018 selepas barisan pemainnya menampilkan aksi memukau ketika menang 2-0 ke atas Costa Rica pada perlawanan persahabatan awal pagi semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Elland Road itu, Marcus Rashford dan Danny Welbeck masing-masing meledak satu gol buat skuad The Three Lions.

Selepas aksi semalam, Southgate berkata, beliau mungkin berdepan dilema dalam memilih kesebelasan terbaik menjelang aksi pembukaan Kumpulan G menentang Tunisia 19 Jun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia semakin sukar dan kami perlu membuat keputusan tepat berhubung kesebelasan utama nanti. Saya meminta semua pemain menampilkan aksi terbaik bagi me­rebut tempat dan mereka melakukannya pada malam ini (semalam).

“Saya gembira dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan pemain-pemain saya. Walaupun melakukan 10 pertukaran, namun mereka masih mampu mengekalkan corak permainan serta susunan pemain,” kata Southgate.

Dalam pada itu, beliau juga memuji persembahan yang ditampilkan Rashford pada perlawanan tersebut selain menganggap pemain Manchester United itu pa­ling menyerlah.

“Dia (Rashford) sentiasa be­kerja keras dan ianya berbaloi. Gol yang dijaringkan olehnya berkelas du­nia dan saya gembira untuk melihat dia berada pada prestasi terbaik. Bagaimanapun, persaingan untuk kesebelasan utama tetap sengit,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini