SKMM dan MYNIC atasi masalah gangguan .my - Utusan Malaysia

SKMM dan MYNIC atasi masalah gangguan .my

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 16 Jun- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan MYNIC Berhad (MYNIC) sedang mengambil tindakan untuk mengatasi gangguan di laman sesawang tempatan yang berakhir dengan domain ‘.my’.

Gobind Singh Deo
GOBIND SINGH DEO

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, gangguan tersebut berlaku sejak semalam dan beliau dimaklumkan mengenai masalah tersebut pada pagi tadi dan berharap gangguan itu dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Maklumat lanjut akan diberikan selepas menerima laporan terperinci,” katanya di laman Twitternya hari ini.

Terdahulu, MYNIC melalui kenyataannya mengakui dan kesal dengan masalah yang berlaku sehingga menyebabkan pelanggannya mengalami gangguan.

“Kami sedang mengalami beberapa isu teknikal berkaitan dengan rangkaian Sambungan Keselamatan DNS (DNSSEC) dengan Internet Assigned Numbers Authority (IANA).

“Kami sedang bekerja keras untuk menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin. Maklumt lanjut akan diberi dari semasa ke semasa,” katanya.

MYNIC merupakan agensi di bawah kementerian dan dikawal selia oleh SKMM, agensi itu mentadbir pelbagai nama domain termasuk .my, .com.my, .net.my, .org.my, .edu.my, .gov.my dan .mil.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN