Siti Kassim: Siasatan hampir lengkap - Utusan Malaysia

Siti Kassim: Siasatan hampir lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Kertas siasatan kes peguam Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim yang ditahan selepas dipercayai menghalang tugas penjawat awam pada Jumaat lalu akan dilengkapkan sebelum diserah­kan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…
SITI ZABEDAH KASSIM
SITI ZABEDAH KASSIM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, proses tersebut masih diteruskan meskipun Siti Kassim telah dibebaskan bagi melengkapkan siasatan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terbabit.

“Tiada apa lagi yang perlu diulas, semua sedia maklum mengenai perkara ini jadi tunggu sahaja tindakan seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Aidilfitri di Kompleks 3, Cawangan Khas Bukit Aman di sini hari ini.
 Sabtu lalu, Siti Kassim dibebaskan selepas permohonan reman terhadapnya ditolak Mahkamah Kajang selepas dia ditahan kira-kira pukul 12.40 tengah malam Jumaat lalu.

Tangkapan itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita mengenai anak perempuannya berusia 24 tahun yang dipercayai dilarikan oleh Siti Kassim ketika menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang dekat sini Khamis lalu.

Berikutan laporan tersebut, anak kepada wanita terbabit ditemukan pada Jumaat lalu di sebuah kondominium di Segambut dipercayai kediaman peguam tersebut.

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada pihak polis telah memanggil bekas pembantu Datuk Seri Najib Tun Razak, Deputi Superintenden Musa Safri bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, Mohamad Fuzi memberitahu, Musa belum dipanggil lagi.

“Setakat ini, kita belum lagi panggil Musa dan lokasi beliau juga masih tidak dapat dikenal pasti memandangkan dia telah bersara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN