KUALA LUMPUR 4 Jun – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) diarahkan supaya menjelaskan sebab membatalkan program temu bual dengan peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, hari ini. GOBIND SINGH DEO Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, agensi berita tersebut perlu mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat. “Bernama perlu mengeluarkan satu kenyataan dengan segera memberikan penjelasan berkenaan perkara ini dengan alasan-alasan kenapa temubual itu dibatalkan,”…










